Friday, October 9, 2009

SEMINAR ANTARABANGSA PSIKOLINGUISTIK (SEAPSIL II)



Seminar tersebut yang bertemakan Bahasa, Pemikiran dan, Integrasi akan berlangsung di Hotel Prominade, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 01 hingga 02 Jun 2010. Pemakalah dan peserta dijemput hadir untuk menjayakan serta memeriahkan lagi wacana ilmu dalam bidang tersebut. Keterangan lanjut boleh dilihat melalui brosur yang disertakan.

Sunday, September 13, 2009

PERSIDANGAN BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

PERSIDANGAN BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Persidangan Bahasa Melayu Bahasa Dunia akan diadakan pada 29-30 September 2009. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, PERSADA, Johor Bharu. Persidangan tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan diselenggara bersama di antara Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris; Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya; Yayasan warisan Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 40 kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Yuran penyertaan sebanyak RM 100.00 (Dalam Negara) dan yuran penyertaan sebagai pelajar dikenakan RM 50.00. Perbelanjaan penginapan dan makan minum akan ditanggung oleh pihak penganjur.